Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Menu Rahmah Bantu Rakyat Nikmati Makanan Sihat

By 19 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Mohd Shahrizan Shahabudin (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 19 Mac (Malaysiaktif) – Menu Rahmah ilham Kerajaan Perpaduan merupakan tanggungjawab yang diuruskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertujuan meringankan beban rakyat bagi menikmati menu makan sihat pada harga serendah RM5.

Bagi Daerah Seberang Perai Selatan terdapat 13 buah premis perniagaan yang menawarkan Menu Rahmah.

Salah satu adalah di Warong Dolu-Dolu di Taman Pekaka, Burger King di Design Village, Teafolia di Bandar Cassia, Petronas di Simpang Ampat dan lain-lain.

Seorang pelanggan Mohd Hasni Yaakob, 44, berkata jualan Menu Rahmah membantu golongan berpendapatan rendah membeli makanan pada harga yang berpatutan.

“Menu ini perlu disebar luaskan lagi dan saya berharap ianya mampu dilaksanakan dalam tempoh masa yang panjang,” katanya.

Bagi Erwan Arzani pemilik Warong Dolu-Dolu beliau menyahut seruan kerajaan bagi bersama-sama membantu masyarakat dan berharap langkah ini juga dapat mempromosikan premis perniagaanya yang baru memulakan operasi kira-kira enam bulan yang lalu.

Bagi yang ingin menikmati dan memdapatkan maklumat lanjut berkenaan Menu Rahmah boleh melayari laman sesawang menurahmah.kpdn.gov.my.

-ZS-

Tinggalkan komen anda