Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kursus Penghasilan Sabun PTSN Dapat Sambutan

By 19 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi/Ts. Sazaliana Sapian

MUAR, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 40 orang peserta khususnya golongan warga emas menyertai Kursus Penghasilan Sabun Herba dan Sabun Bunga Kering bersama-sama dengan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Parit Keroma, di sini semalam.

Kursus anjuran Jabatan Teknologi Kimia dan Makanan (JTKM), Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) adalah kesinambungan dari Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang diterapkan oleh Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pengarah PTSN Syed Ismail Tuan Haji Abd Razak Senan, berkata terdapat banyak kursus-kursus pemprosesan penghasilan produk makanan seperi air soya, tau fu fa, mi kuning, jem, sos dan sebagainya.

“Jika tempat kursus tersebut mempunyai ruangan yang terhad, kursus boleh diadakan di PTSN dan bas disediakan bagi mengambil dan menghantar pulang peserta,” katanya ketika ucapan perasmian.

Pengerusi PAWE Parit Keroma, Hj Shafee Hj Mohd Noh berkongsi fungsi-fungsi PAWE yang ditubuhkan dan aktiviti yang telah dijalankan serta turut berhasrat ingin memperbanyakkan kursus-kursus kepada ahlinya dengan bantuan kerjasama dari PTSN.

Rasidah Ismail, 68, berkata beliau begitu teruja kerana dapat menghadiri kelas yang dianjurkan dan ia merupakan ilmu baru yang dapat dipelajari kerana produk hasilan ini adalah campuran dari bahan berasaskan sabun, pewarna, pewangi dan juga herba.

“Produk ini mampu diperluaskan dan boleh dijana untuk menambah pendapatan serta saya berharap PAWE Parit Keroma akan terus maju dan terus memperbanyakkan aktiviti bagi mengisi masa lapang ahli-ahlinya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda