Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Mini Karnival Maju Johor Fokus kepada Kesihatan Rakyat

By 6 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Haliza Mohd Taib/Juraimi Ali (Muar)

MUAR, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Mini Karnival Maju Johor Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning yang bertemakan Jelajah Jom Sehat telah diadakan di Dataran Dato Abdullah Ali, Bukit Naning, Ayer Hitam, di sini semalam.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut seperti senamrobik, jalan lasak 1.5km, basikal santai, kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan, kaunter pelbagai agensi seperti Pejabat Tanah, Pejabat Penerangan, KWSP, Perkeso, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Pejabat Pusaka Kecil.

Program yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat itu menjadi platform kerajaan negeri bagi menyampaikan maklumat mengenai hala tuju pembangunan di negeri Johor khususnya DUN Bukit Naning.

Menurut Haji Shafee Mohd Noh, 63, dari persatuan Basikal Tua Klasik Muar, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yang telah menjemputnya dalam kayuhan berbasikal santai.

“Persatuan ini bersatu dengan Kelab Basikal Klasik Se-Malaysia yang dianggotai oleh golongan muda dan tua bagi mengisi masa lapang serta untuk penuaan yang sihat dan cergas,” katanya.

Turut hadir Jawatankuasa Penyelaras Kampung dan Daerah (JKPD) Simpang Jeram Datuk Haji Lokman Mohd Dom, Pengerusi Ibu Tunggal Islam Parlimen Bakri Hajah Mariam Shariff dan Penghulu Mukim Ayer Hitam Mohd Fauzi Tubi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda