
Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Lebih 1000 mangsa banjir di dua buah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di Yong Peng menerima kunjungan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching semalam.
“Saya mendengar rintihan mangsa banjir dan juga pengurus PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yong Peng dan Sekolah Kebangsaan Yong Peng dan akan berusaha sehabis baik untuk menyampaikan aduan kepada pihak yang berkenaan agar segera menyelesaikan masalah tersebut.
“Saya akan sampaikan aduan tentang masalah kekurangan bekalan selimut, bantal, tilam dan keperluan asas di PPS kepada pihak berkenaan. Bagi masalah komunikasi dan juga capaian internet saya akan berunding dengan TM (Telekom Malaysia) serta cuba untuk menyelesaikan masalah bagi rumah-rumah terkesan banjir,” ujarnya.
Dalam kunjungannya beliau turut membawa bakul makanan untuk diserahkan kepada mangsa banjir.
-ZS-