Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

PDRM Berdepan Jenayah Penipu Sebagai Cabaran Masa Kini

By 21 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Erzufariza Zulkifly (Maran)

MARAN, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Jika dahulu pihak polis menentang komunis yang menjadi musuh negara, kini membanteras jenayah ‘scammer’ (penipu) merupakan cabaran yang dihadapi mereka.

Demikian kandungan teks ucapan Ketua Polis Negara yang dibacakan oleh Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abdul Rahman sempena Sambutan Hari Polis ke-216 Peringkat Daerah Maran, di sini semalam.

“’Scammer’ adalah individu yang melakukan penipuan atau penganiayaan kepada orang melalui dalam talian dan kes penipuan dalam talian ini di Malaysia masih tinggi,” katanya.

“Justeru saya amat berharap agar semua yang hadir berhati-hati dan memberikan kerjasama kepada pihak polis sekiranya menerima panggilan yang meragukan dan melibatkan transaksi wang ringgit,” katanya lagi.

Tema ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’ masih dikekalkan pada Sambutan Hari Polis ke-216 yang disambut oleh seluruh polis di Malaysia setiap 25 Mac.

Ia bertujuan sebagai tanda terima kasih, memperingati jasa dan pergorbanan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada rakyat dan negara yang telah menjaga keamanan negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda