Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Polis KL Sambut Peringatan Hari Polis ke-216

By 21 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan (Kuala Lumpur)/Jespher Jawa Anak Nehru (Polis KL)

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Malaysiaaktif) –  Sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 di Kuala Lumpur telah disempurnakan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Yahaya Othman di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.

“Sempena Ulang Tahun Peringatan Hari Polis kali ini, saya mengajak seluruh warga pasukan untuk memperbaharui ikrar taat setia kepada Raja dan Negara, menjunjung perlembagaan undang-undang serta terus beristiqamah dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kemaslahatan agama, bangsa dan nusa tercinta,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam perutusannya yang disampaikan oleh DCP Yahaya Othman.

Pada masa yang sama, pasukan itu juga diseru untuk terus memartabatkan diri sebagai agensi penguatkuasa undang-undang tertua di negara ini di samping berikrar mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara daripada ancaman.

Terdahulu, sambutan dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormat oleh DCP Yahaya Othman. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota pasukan polis yang cemerlang.

Turut dipersembahkan deklamasi sajak oleh ASP Abang Zulkarnain Abang Mohamad dan sketsa jenayah ‘scammer’ (penipu) sebelum diakhiri dengan tayangan video ‘Pengorban Si Baju Biru’.

-ZS-

Tinggalkan komen anda