Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pelajar SJKC Chung Hwa Johan Kejohanan Catur Bazar Tok Guru

By 6 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wee Kim Been

KOTA BHARU, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Adik Gan Wen Han dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa telah menjadi Johan Kejohanan Catur Bazar Tok Guru, di sini kelmarin.

Beliau yang menjuarai Kategori Kanak-kanak Bawah 12 tahun dalam pertandingan anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu amat gembira dengan pencapaiannya.

“Saya menjuarai kemenangan pertandingan pada kali ini hasil galakan dan sokongan daripada ayah,” katanya.

Menurutnya beliau sering terlibat dalam pelbagai kejohanan catur yang diadakan di seluruh negara.

“Saya tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan yang diadakan pada setiap masa di seluruh Malaysia,” katanya yang menerima hadiah wang tunai RM120, sijil penyertaan dan piala.

Kejohanan tersebut mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh negara dengan peenyertaan seramai 120 orang bagi Kategori Dewasa Terbuka dan 60 orang Kategori Kanak-kanak Bawah 12 tahun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda