Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kekalkan Tradisi Marhaban

By 5 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azimee Abdullah

BALIK PULAU, 5 Mac (Malaysiaaktif) – Marhaban merupakan salah satu tradisi serta adat masyarakat Melayu dalam meraikan majlis-majlis keramaian berkaitan agama Islam seperti cukur jambul, perkahwinan mahupun berkhatan.

Pagi tadi bertempat di Masjid Jamek Simpang Empat, di aini Qariah Masjid Simpang Empat dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong telah menganjurkan Pertandingan Marhaban Peringkat Qariah Balik Pulau.

Menurut Pengerusi Qariah Masjid Simpang Empat Thakur Mohamad objektif pertandingan adalah untuk mengekalkan tradisi marhaban di samping memperkenalkan seni budaya berunsur Islamik yang merupakan salah satu medium dakwah yang kian dilupakan dan tidak lagi diminati oleh generasi masa kini.

Kumpulan Marhaban dari Kampung Sungai Pinang telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan yang hanya disertai enam kumpulan Marhaban wanita ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda