Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Penyerahan Peralatan Bekalan Bencana Kesiapsiagaan Hadapi Bencana Daerah Barat Daya

By 31 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marshita Othman (Daerah Barat Daya)

BALIK PULAU, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Satu Majlis Penyerahan Peralatan Bekalan Bencana telah diadakan setelah selesai Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Barat Daya Bil.1, di sini semalam.

Penyerahan bekalan peralatan bencana telah disampaikan oleh Pegawai Daerah Mohd Hafiz Aswad Nadzri kepada wakil agensi di Daerah Barat Daya seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Hospital Balik Pulau (HBP).

Mohd Hafiz Aswad, berkata tujuan penyerahan adalah untuk Pemerkasaan Komuniti Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023.

“Ianya supaya semua agensi yang terlibat sentiasa bersiap siaga untuk berhadapan dengan sebarang risiko bencana,” katanya.

Antara peralatan dan bekalan adalah seperti khemah, lampu suluh kalis air dan lain-lain lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda