Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pertandingan Memanah@Musaddid Gilap Bakat Pemanah Muda

By 10 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Kedah)

SIK, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Satu ketika dulu, sukan memanah mungkin agak asing bagi kita tapi kini sukan sunnah ini kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Menurut Penaung Kelab Memanah Musaddid Mohd Faizal Abd Wahab sukan ini sudah menjadi ikutan dan semakin diminati generasi muda dan pelbagai lapisan usia.

“Pertandingan mini yang kami adakan pada hari ini adalah bagi memberi peluang kepada pemanah-pemanah muda di bawah kelab untuk menonjolkan kemahiran memanah masing-masing,” jelasnya lagi yang ditemui di Lapang Sasar Musaddid, Kampung Tanjung Setar, di sini baru-baru ini.

Mohd Faizal yang juga Ketua Jurulatih Musaddid, berkata memanah bukan sahaja membina ketahanan secara fizikal malah turut membina ketahanan mental serta memupuk semangat persaudaraan.

“Kanak-kanak yang menyertai aktiviti memanah lebih fokus, tenang dan yakin kerana ciri-ciri itu sangat diperlukan seorang pemanah untuk melepaskan anak panah ke sasaran dengan baik,” ujarnya lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda