Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pertandingan Ngail Rapat Silaturahim

By 21 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Paloh Nyior, mengadakan Program Ngail Tertutup dalam usaha menjadikan Komuniti KRT dapat membawa kesejahteraan kepada komuniti setempat.

Pegawai Perpaduan Daerah Hulun Asronizam Mamat, berkata program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara komuniti selain meningkatkan keaktifan dan mengukuhkan peranan KRT dalam komuniti.

“Program ini merupakan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Kelab Belia Sahabat Sejahtera (KBSS) mendapat sambutan daripada kira-kira 100 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program yang diadakan di Sungai Lama Seberang Kubur, Kampung Paloh Nyior, di sini baru-baru ini.

Bagi Siti Esah Mohd, 67, program sebegini amat baik diadakan di mana masyarakat setempat boleh menggunakan program seumpama ini sebagai platform untuk bertukar-tukar pendapat serta beramah mesra antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi hubungan penduduk kampung.

-ZS-

Tinggalkan komen anda