Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Program SKR di Setiap Negeri – TPM

By 25 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
memaklumkan program Santuni Kasih Ramadan (SKR) akan dilaksanakan di setiap negeri sepanjang bulan puasa tahun ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata program yang dilaksanakan kementeriannya itu untuk menyantuni pemimpin-pemimpin tempatan, agamawan dan rakyat.

“Supaya wujud keserasian di kalangan pemimpin-pemimpin dengan mengenepikan perbezaan selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa program SKR di Masjid Gombak Utara, di sini semalam.

Sempena program berkenaan, Ahmad Zahid menyampaikan sumbangan duit raya kepada 45 orang anak yatim dan 15 pelajar Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Turut hadir Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Harun dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda