Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Jualan Rahmah: 12,000 Harga Barangan Diturunkan

By 25 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BATU CAVES, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Hampir 12,000 harga barangan dapat diturunkan menerusi Jualan Rahmah melalui jualan di banyak premis dan pasar raya besar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata fakta tersebut disemak apabila rakyat berbelanja di pasar-pasar raya di seluruh negara.

‘Ini merupakan suatu yang rakyat dapat rasakan sedikit (penurunan harga) dalam mendepani kos sara hidup.

“Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Aidilfitri pula akan diumumkan dua minggu sebelum sambutan hari raya,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan Jualan Rahmah Baju Raya, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah KPDN Azman Adam dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabella Holding Mohd Sufian Sulaiman.

Inisiatif Payung Rahmah adalah manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang kerajaan kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan rendah dengan kerjasama rakan-rakan strategik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda