Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Rezeki Musim Cuti Sekolah di Pengkalan Kubur

By 13 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Sukri Ismail/Mohd Hussin Abdullah

TUMPAT, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Kedai zon bebas cukai Pengkalan Kubur menyediakan pelbagai barangan jualan seperti pakaian, barangan dapur dan makanan ringan dihasilkan masyarakat tempatan.

Kebanyakan yang datang berbelanja di sini adalah pengunjung dari luar terutama pada musim cuti sekolah termasuk cuti mingguan Sabtu dan Ahad. Ini merupakan peluang yang baik kepada peniaga untuk menambahkan pendapatan.

Menurut seorang peniaga, Suhaini Muhamad, 40, berkata pada hari Sabtu dan Ahad pengunjung dari luar akan datang beramai-ramai untuk berbelanja di sini, perniagaan mula dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Suhaini telah berniaga di sini lebih 30 tahun, beliau mewarisi perniagaan dari orang tua, pendapatan boleh capai sehingga RM6000 sebulan namun semasa COVID-19 perniagaan terlalu perlahan kerana tiada pelanggan dari luar datang cuma penduduk sekitar.

Seorang pengunjung, Noni Abdul Kadir, 38, berkata beliau sering datang ke sini kerana banyak pilihan dan murah, contohnya tiga paket makanan cuma RM10.00, serta di sini peniaga sangat mesra pelanggan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda