Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Rasai Pengalaman Berkhemah Tepi Pantai

By 13 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rosli Md. Zin/Azmi Omar

BACHOK, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Bachok memang terkenal dengan pantainya yang cantik, landai serta persekitaran yang sangat indah.

Kunjungan ke Pasir Beach Glamping Resort, Kampung Kandis, pasti memberi kelainan, merasai pengalaman yang menakjubkan berkhemah dan bermalam di tepi pantai.

Menurut pengusahanya, Mohd Faizal Mohd Zain, 44, kami menawarkan pengalaman yang unik dan berbeza sambil merasai keindahan serta kedamaian berkhemah di tepi pantai.

“Diatas sambutan yang sangat menggalakkan, nanti kami akan tambah lagi bilangan khemah yang sedia ada.

“Kami mula beroperasi pada Ogos tahun lepas, dan tahun ini kami  akan tambah 10 khemah ke arah pemandangan laut dan 24 khemah ke arah pemandangan kolam dan juga 20 tapak perkhemahan serta dewan terbuka akan didirikan,” jelasnya.

Seorang pengunjung, Anuar Alias, 35, berkata di sini lokasinya menarik, pelbagai aktiviti boleh di adakan dengan menikmati suasana pantai yang cantik.

“Antara aktiviti yang terdapat di sini termasuk mengendali kenderaan lasak (ATV), bermain bola tampar, boling pantai, tempat barbeku dan memanah,” ujarnya.

“Melancong dalam negeri membantu perkembangan ekonomi setempat, dan amat sesuai dengan situasi sekarang,” tambahnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda