Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sukan Rakyat Satukan Silaturahim Warga AADK Perak

By 10 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor A’mirah/Nur Haziqah (Kerian)

BAGAN SERAI, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Sukan rakyat antara aktiviti yang digemari bagi mengeratkan jalinan silaturahim antara satu sama lain di samping berupaya untuk mengurangkan kadar stres dalam diri.

Kelab Sukan dan Kebajikan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perak telah menganjurkan satu program sukan rakyat dan daerah Kerian dilantik sebagai tuan rumah.

“Semua ahli kelab turun padang untuk menyertai acara ini. Sebanyak tujuh acara diadakan melibatkan lapan pasukan.

“Program pengukuhan pasukan ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara kami malah ia mengembalikan nostalgia permainan kampung yang sudah lama kami tinggalkan,” kata urusetia program Norshariza Rahman ketika ditemui, di sini semalam.

Antara aktiviti lain yang diadakan termasuk pemeriksaan kesihatan dan pameran kiosk ‘Kenali Ubat Anda’.

-ZS-

Tinggalkan komen anda