Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

JKWB Putatan Giat Cegah Wabak Denggi

By 10 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Stephen Jipolin Jouti (Sabah)

PUTATAN, 10 Mac (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Wabak Denggi (JKWB) Daerah Putatan yang diketuai bersama oleh Pejabat Daerah Putatan dan Pejabat Kesihatan Daerah Putatan giat menjalankan usaha pencegahan wabak denggi.

Hal ini dibuktikan melalui Operasi Bersepadu Wabak Denggi yang dilaksanakan di Taman Bersatu Putatan, pada petang semalam.

Ketua Operasi, Muhamad Ikram Aidi berkata operasi itu bertujuan mengawal pembiakan nyamuk Aedes di kawasan tersebut yang berisiko tinggi menyebabkan kes demam denggi yang semakin meningkat.

“Kita berharap penduduk di setiap perumahan memberi kerjasama dengan mengambil tindakan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes seperti memastikan tiada air bertakung di kawasan rumah masing-masing,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda