Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sultan Perak Berkenan Rasmi Masjid Al-Ikhwan

By 30 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noraidah Mohd Noor/Mohd Azhar (Muallim)

TANJUNG MALIM, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Ikhwan di Taman Bernam Baru, di sini semalam.

Ketibaan baginda disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Mufti Perak Datuk Dr Wan Zahidi Wan Teh.

Baginda turut berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid, seterusnya mencemar duli berbuka puasa bersama lebih 500 jemaah dan menunaikan solat secara berjemaah di masjid itu.

Pembinaan Masjid Al-Ikhwan bermula pada penghujung tahun 2016 dan siap pada Oktober 2020 serta menelan kos sebanyak RM6.6 juta. Masjid ini menyediakan ruang solat dengan kapasiti 1500 jemaah selain kemudahan tempat letak kereta berbumbung, kemudahan internet dan peralatan rakaman siaran langsung berdefinisi tinggi (HD).

-ZS-

Tinggalkan komen anda