Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

542 PATI Dihantar Pulang

By 30 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sunday Grace Justimus (Sabah)/Jabatan Imigresen Malaysia Sabah

SANDAKAN, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 542 pendatang asing tanpa izin (PATI) dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI Siri 8 melalui Pelabuhan Sandakan.

Pengarah Imigresen Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof, berkata PATI yang dihantar adalah warganegara Filipina tahanan dari Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar dan Tawau sahaja.

“Semua yang dipindahkan membabitkan seramai 422 lelaki, 92 perempuan dan empat kanak-kanak 23 bulan ke bawah manakala dewasa purata umur dari 13 sehingga 78 tahun.

“Kanak-kanak yang terlibat penghantaran pulang adalah bersama ibu bapa dan penjaga masing-masing.

“Proses pemindahan dilakukan melalui laut dengan menggunakan pengangkutan Feri MV Antonia 1,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

Tambahnya, operasi pemindahan merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen seluruh Sabah.

“Warga asing diingatkan harus memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan sebelum bekerja di seluruh Negeri Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Imigresen Malaysia terus komited melakukan penguatkuasaan serta pemindahan PATI selepas melalui semua proses perundangan dan mendapat pengesahan daripada kedutaan negara asal masing-masing.

-ZS-

Tinggalkan komen anda