Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

SVC Pemacu Ekonomi Pelancongan Sarawak

By 6 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Kampung Budaya Sarawak (SCV) kekal relevan dalam mempromosikan produk pelancongan yang menghimpunkan kepelbagaian seni budaya, reka bentuk bangunan, kraftangan dan pakaian tradisional etnik di Sarawak.

“SCV boleh membantu memacu ekonomi industri pelancongan Sarawak kerana ramai pelancong daripada luar dan dalam negara pasti akan membuat lawatan ke SVC apabila tiba di bandar Kuching.

“Saya sendiri memperolehi informasi daripada media sosial tentang SVC dan tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri keunikan dan kepelbagaian koleksi warisan tradisional Sarawak,” kata Priya Tharsini, 28, penjawat awam dari Johor Bahru ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Terdahulu SCV telah menerima ketibaan pengunjung yang menggalakkan selepas ianya dibuka semula pada 1 Oktober 2021.

-ZS-

Tinggalkan komen anda