Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

KIKF Tarikan Negara Luar ke Pantai Tanjung Kembang Kabong

By 6 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KABONG, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Indonesia adalah antara 36 buah negara yang menyertai Kabong International Kite Festival (KIKF) 2023 yang telah berlangsung selama enam hari bermula 1 hingga 6 Mac di Pantai Tanjung Kembang.

Menurut Sharif Mantaril, 46, beliau sekeluarga sanggup menempuh empat jam perjalanan dari kediamannya di Kota Samarahan semata-mata untuk melihat keunikan dan keindahan layang-layang gergasi.

“Pemilihan kawasan pantai daerah Kabong sebagai kawasan Pesta Layang-Layang ini amat bersesuaian.

Wakil kurator daripada Muzium Layang-Layang Indonesia Endang Dradjat, 72, ketika ditemui, di sini semalam berharap tapak yang digunakan untuk pertandingan melayarkan layang-layang gergasi perlu dihadkan bilangan pengunjung atas dasar keselamatan.

KIKF yang mula dilancar pada 2018 atas initiatif Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak merupakan salah satu pengisian acara dalam kalendar pelancongan negeri ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda