Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Tadarus Ramadan Penyatuan Ummah Buat Muslimat

By 23 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rose Rasidi/Wanita PERKIM CH (Cameron Highlands)

CAMERON HIGHLANDS, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Amalan tadarus Al-Quran menjadi kemestian kepada seluruh umat Islam setiap tahun tatkala Ramadan menjelma.

Justeru, bagi mengimarahkan aktiviti di bulan Ramadan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Daerah Cameron Highlands dengan kerjasama Masjid Abu Bakar Tanah Rata menganjurkan Program Tadarus Al-Quran bagi Ramadhan 1444H/2023 Masihi bermula 1 Ramadan.

Menurut Pengerusi Wanita PERKIM CH, Siti Faizon Osman, 38, ahli-ahli Wanita PERKIM CH sentiasa memberikan komitmen yang baik dalam mengimarahkan pelbagai aktiviti bulan puasa contohnya aktiviti tadarus ini yang dapat menyatupadukan ummah, khususnya kaum muslimat di daerah ini.

“Kaum wanita yang hadir bertadarus beramai-ramai dengan bimbingan imam dan ustaz dari Masjid Abu Bakar yang mana mereka belajar tarannum dengan betul dan memperbetul tajwid yang sering menjadi kesilapan ketika membacakan ayat suci Al-Quran,” ujarnya yang berharap Al-Quran bukan sekadar dibaca namun dihayati dan diamalkan.

Tambah Siti Faizon, program tadarus ini akan berakhir dengan Majlis Khatam Al-Quran di penghujung Ramadan nanti.

Wanita PERKIM CH juga telah merancang pelbagai aktiviti kemasyarakatan di bulan Ramadan ini dengan bekerjasama bersama Pejabat Agama Islam Daerah dan agensi-agensi kerajaan yang lain di Cameron Highlands.

-ZS-

Tinggalkan komen anda