Skip to main content
Berita UtaraPerak

Henti Pandang Remeh Gangguan Seksual terhadap Kanak-kanak

By 23 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Aniss Rahin/Ahmad Noramin (Perak Tengah)

PASIR SALAK, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Pendedahan melalui taklimat berkenaan aspek keselamatan dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak merupakan antara pendekatan efektif dalam usaha mengekang kebejatan sosial ini.

Pegawai Psikologi Kolej Komuniti Pasir Salak (KKPS) Nabiha Sulaiman, berkata Program Taklimat Isu Semasa anjuran bersama antara kolejnya dan Jabatan Penerangan itu bukan sekadar menyampaikan maklumat malah ia turut memberi kesedaran kepada warga kolej tentang gejala gangguan seksual terhadap kanak-kanak yang selalu dianggap remeh dalam kalangan masyarakat kita.

“Gangguan ini tanpa disedari boleh mempengaruhi psikologi mereka. Kanak-kanak yang pasif dan pendiam lebih berisiko menjadi mangsa penderaan seksual khususnya oleh golongan pedofilia.

“Oleh itu, perhatian sewajarnya perlu diambil oleh semua dalam usaha menyebarkan langkah progresif bagi menangani salah laku gejala ini,” katanya ketika ditemui di Dewan Kuliah KKPS semalam.

Menurut Nabiha, langkah yang progresif perlu diambil kerana majoriti mangsa sering disifatkan sebagai golongan mentah yang tidak tahu bahawa perbuatan itu adalah salah. Jadi peranan ibu bapa dan orang dewasa perlu diberikan penekanan mengenai tindakan yang boleh diambil oleh mangsa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda