Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Tugu Peringatan Kenang Sejarah Pembinaan JRTB

By 24 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Amizan/Senaying Ahud (Hulu Perak)

GERIK, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Pengguna Jalan Raya Timur Barat (JRTB) yang melalui laluan itu dari Gerik menghala ke Royal Belum pasti sedar akan kewujudan sebuah tugu peringatan di kiri jalan.

Menurut Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Perak Hufaizah Assidiq Aris, tugu tersebut dibina bagi memperingati jasa dan pengorbanan kakitangan JKR dan orang awam yang terpaksa mengharungi cabaran membina jalan ini selain ancaman serangan komunis semasa pembinaannya.

“JRTB yang menghubungkan Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan dibina pada tahun 1970 dan mula dibuka kepada lalu lintas pada 1 Julai 1982.

“Pembinaan JRTB ini juga sebagai pendekatan serampang dua mata bagi mengekang gerakan Parti Komunis Malaysia (PKM) pada ketika itu selain kini menjadi laluan alternatif orang ramai dari utara ke pantai timur,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Pembantu Awam JKR Hulu Perak Arshad Din, berkata fasa pertama pembinaan JRTB ini bermula dari Gerik, Perak ke Jeli, Kelantan, manakala fasa kedua pembinaan bermula dari Gerik, Perak ke Baling, Kedah.

“Base camp (khemah induk) JKR yang terletak di Gerik merupakan pejabat utama JKR semasa pembinaan JRTB yang menyimpan alat-alat jentera.

“Biarpun laluan JRTB yang terletak di Hutan Simpan Amanjaya, Gerik dikelilingi dengan pemandangan indah namun pengguna perlu berwaspada dengan kehadiran haiwan liar khususnya gajah,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda