Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Wanita dan Belia Adalah Rakan Strategik KPDN

By 3 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin menjadikan wanita dan belia sebagai rakan strategik secara langsung di lapangan.

Menurut Timbalan Menteri KPDN Senator Fuziah Salleh, golongan itu boleh menjadi ejen penyampaian maklumat kepenggunaan kepada masyarakat dalam memperkasakan pengguna bijak dan berdaya upaya.

“Kita ingin melahirkan generasi pengguna yang cakna akan hak masing-masing di dalam transaksi jual beli terutama dalam membuat pilihan, cakna akan undang-undang berkaitan perniagaan, berani dan tahu saluran yang betul sekiranya ingin membuat aduan pengguna dan berani dalam membuat tuntutan tebus rugi jika mereka merasa ditipu,” menurutnya dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja selama sehari ke Labuan semalam turut menghadiri Dialog Kepenggunaan Bersama NGO Kepenggunaan Wanita Dan Gerakan Pengguna Siswa, Pelancaran Aduan Suri dan Pelancaran Menu Rahmah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda