Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Fazrul Nizam Dilantik MPP PKK 2023 Baharu

By 3 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Aqilah Binti Ahmad/Politeknik Kota Kinabalu

KOTA KINABALU, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Fazrul Nizam Mausa dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kota Kinabalu (PKK) baharu bagi sesi 2023/2024.

Nizam, 20, merupakan pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Awam mengetuai barisan 29 ahli MPP PKK yang diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab portfolio masing-masing.

“Barisan kepimpinan tahun 2023 akan terus mengorak langkah sedaya upaya untuk melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan terbaik,” kata anak kelahiran Kota Belud ini.

Tambahnya, kesibukan bukanlah alasan kepada kemerosotan akademik dan menyeru rakan-rakan untuk memastikan akademik dan agama sentiasa seimbang.

Penyampaian Watikah Pelantikan MPP PKK tahun 2023 disempurnakan oleh Pengarah PKK, Dullah Muluk disaksikan barisan Pengurusan Tertinggi PKK.

Dullah dalam ucapannya berkata, beliau berharap agar tampuk pimpinan yang baharu dilantik akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti dan komited ke arah PKK cemerlang.

“Dengan adanya idea-idea segar dalam tampuk kepimpinan, Pengurusan PKK dapat menyampaikan khidmat dengan lebih efisien mengikut keperluan para pelajar,” kata Dullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda