Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Warga Asing Perlu Dokumen Perjalanan, Permit Kerja – JIM

By 16 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nizwan Mohd Daini (Sabah)/Jabatan Imigresen Malaysia Sabah

KOTA KINABALU, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Jabatan Imigresen Malaysia Sabah (JIM) mengingatkan warga asing yang ingin bekerja di Sabah supaya memiliki dokumen perjalanan serta permit kerja yang sah.

Pengarah Imigresen Malaysia Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof, berkata semua agensi penguatkuasaan di Sabah akan mengambil tindakan tegas bagi mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.

“JIM Sabah melaksanakan Program Pemindahan Tahanan Asing Tanpa Izin (PATI) siri 7/2023 melibatkan pemindahan seramai 653 orang dalam bulan Mac bagi warganegara Filipina.

“Tahanan PATI kali ini melibatkan 3 lokasi iaitu Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Tawau melibatkan PATI dari pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan media yang dimuat naik menerusi Facebook Jabatan Imigresen Sabah, pada Rabu.

Tambahnya, Operasi Pemindahan merupakan sebahagian daripada operasi berterusan yang dilakukan bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua Depot Imigresen di seluruh Sabah.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi tersebut khususnya Kerajaan Negeri Sabah, Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur, PDRM, ESSCOM, Lembaga Pelabuhan  dan Dermaga Negeri Sabah, Jabatan Laut Malaysia Negeri Sabah, APMM, ATB2, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Negeri Sabah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda