Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganuVideo

Anak Jati Terengganu Hasil Busur Panah Terbaik

By 7 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video : Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Aktiviti sukan memanah yang semakin diminati ramai di negara ini memberi peluang kepada pereka busur, Zulkifli Latif, 59, atau lebih dikenal sebagai Pok Zul dari Kampung Padang Hangus di sini mengembangkan bakatnya sambil menambah pendapatan.

Pok Zul adalah antara lapan orang pembuat busur tradisional di negara ini dan busur beliau antara yang terbaik yang telah dihasilkan dengan buatan tangan.

Salah satu faktor busur yang dihasilkan mempunyai kualiti terbaik dan mendapat sambutan tinggi di kalangan peminat busur apabila menggunakan bahan yang dibawa daripada luar negara.

Selain daripada menghasilkan busur, beliau juga menerima permintaan untuk mengajar sesiapa sahaja yang ingin belajar menghasilkan busur dan tidak mengenakan sebarang bayaran.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda