Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kerajaan Sabah Sumbang RM100,000 Bantu Sekolah Alternatif

By 7 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Sabah menyumbangkan RM100,000 kepada sebuah sekolah alternatif iaitu Pusat Bimbingan Alternatif Grace.

Menurut Ahli Parlimen Tawau Lo Su Fui sumbangan tersebut membuktikan kerajaan negeri peka kepada semua lapisan kaum di negeri ini.

“Ini juga merupakan sumbangan permulaan dan kerajaan negeri akan melihat bantuan-bantuan lain yang boleh diberikan dari semasa ke semasa.

“Perkara ini penting bagi memastikan mereka tidak ketinggalan, kerana anak-anak ini semuanya mempunyai kebolehan tersendiri,” katanya semasa ditemui pada Program Penyerahan Sumbangan di Pusat Bimbingan Alternatif Grace, di sini pada Rabu.

Sementara itu Ahli Lembaga Pengelola Lim Khoon Chin, berkata sumbangan itu bertujuan untuk membiayai keperluan sekolah terbabit dalam menjalankan pelbagai aktiviti mereka sepanjang tahun ini.

Untuk rekod, Pusat Bimbingan Alternatif Grace menempatkan pelajar tanpa kewarganegaraan dan kini dianggarkan mempunyai seramai 780 orang pelajar.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda