
Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)
MACHAP JAYA, 10 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak 300 pek bubur lambuk diedarkan kepada orang ramai di jalan utama berhadapan kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Machap Jaya.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Ngwe Hee Sem berkata program tersebut diadakan secara pandu lalu dan bubur tersebut diedarkan kepada semua kenderaan awam yang melalui jalan tersebut.
“Selain bubur lambuk kita turut mengedarkan air barli kepada para penerima dan diharap program begini dapat dijadikan sebagai program tahunan di masa akan datang,” katanya.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sains Teknologi Inovasi dan Komunikasi Digital Fairul Nizam Roslan memeriahkan majlis edaran tersebut.
-ZS-