Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

HASiL Rai Pengamal Media di Sarawak dalam Majlis Berbuka Puasa

By 5 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat (Sarawak)

KUCHING, 5 Apr (Malaysiaaktif) –  Seramai 68 orang dari 31 agensi yang terdiri daripada Ketua-Ketua Editor, wartawan dan pengamal media Sarawak diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa dan Apresiasi Media Negeri Sarawak Tahun 2023 anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL), di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL Datuk Dr Mohd Nizom Sairi, berkata Kuching dipilih sebagai lokasi pertama majlis seperti ini kemudian diikuti Sabah dan Semenanjung Malaysia.

“Rakan-rakan media yang hadir pada malam ini bukan sahaja dari beragama Islam malah dari yang bukan beragama Islam juga, ini membuktikan toleransi yang ada di Sarawak harus dipupuk dan dijaga dengan baik.

“Melalui penulisan kreatif dan publisiti meluas oleh pihak media pastinya akan membantu menyumbang kepada peningkatan keyakinan rakyat terhadap HASiL,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda