Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Takoyaki X Sushi Tarikan Bazar Ramadan Betong

By 5 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Beatrice Anchak Akir/Nicholas Anak Jenaka (Betong)

BETONG, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Bazar Ramadan Betong yang terletak di lot tempat letak kereta berhampiran Rural Produce Market Betong kini menjadi tumpuan pengunjung untuk membeli pelbagai juadah makanan dan minuman.

Antara yang menjadi tarikan ialah gerai jualan Takoyaki X Sushi by Cik Nie.

Menurut pemilik Mazni Lihi, 28, dari Kampung Tengah, di sini terdapat 25 jenis sushi yang dijual di gerainya.

“Antara menu sushi yang sentiasa mendapat sambutan ramai adalah tebiko, ebi tempura, chuka wakame dan smoked salmon yang berharga di antara RM2 hingga RM3 sebiji.

“Saya memilih perniagaan sushi kerana tahu ramai masyarakat yang menyukai makanan ini tetapi sukar untuk mendapatkannya di Betong dan harga yang agak mahal untuk mereka yang berpendapatan rendah,” katanya.

Menurut Mazni lagi, beliau menjual sushi di Pasar Malam Betong pada setiap hujung minggu dan di persimpangan Bebanggai, di sini dari hari Isnin hingga Jumaat.

Katanya lagi, sushi tersebut telah mendapat sambutan hangat daripada pelanggan serta mampu membantu beliau menambah pendapatan mereka keluarga.

“Bagi penduduk Betong yang berminat untuk menempah sushi dan takoyaki, boleh menghubungi saya di aplikasi WhatsApp, 011-31769310 dan di Facebook Cik Nie,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda