Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kuih Tradisional Pilihan Musim Perayaan

By 4 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Shazreena Harith/Siti Hajar Kamis

SEREMBAN, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Menjelang bulan Syawal, perusahaan peniaga kecil di Taman Paroi Jaya akan menjadi tumpuan penggemar kuih tradisional mahupun moden kerana kepelbagaian jenis kuih serta kerepek yang ditawarkan.

Tinjauan yang dilakukan pada hari ini mendapati orang ramai dilihat berpusu-pusu mendapatkan aneka kerepek serta biskut sebagai hidangan di Aidilftri. Tidak ketinggalan juga buat para peniaga yang datang mendapatkan stok secara borong dengan harga yang berpatutan.

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Abby, 46, berkata perniagaan ini merupakan perniagaan turun-temurun yang diasaskan oleh ibunya dan telah pun mempunyai pelanggan tetap.

“Ibu saya telah memulakan perniagaan ini sejak tahun 60-an lagi dan saya merupakan generasi kedua yang mengusahakan perniagaan ini.

“Biskut kami menjadi pilihan setiap kali musim perayaan tiba,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda