Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Keenakkan Lemang Periuk Kera

By 24 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Setiap kali menjelang Syawal pengusaha lemang periuk kera Abdullah Khayan, 56, pasti tidak menang tangan menyiapkan tempahan lemang dan kelongsong kosong periuk kera.

“Berbeza dengan lemang biasa yang dibakar menggunakan buluh, lemang periuk kera atau nama saintifiknya Nepenthes Gracilis pula dikukus.

“Permintaan pelanggan terhadap lemang periuk kera ini amat menggalakkan.

“Hampir seluruh rumah di kampung ini menjadikan lemang periuk kera sebagai menu wajib yang dihidang bersama rendang, kuah kacang, ketupat dan aneka kuih-muih,” katanya.

Menurut Abdullah proses penyediaan lemang periuk kera atau membekal kelongsong kosong dibantu oleh isteri Norhasikin Salimin 48, dan anak Siti Nurhasdila Abdullah, 24.

“Pulut yang dibilas bersih perlu dimasukkan ke dalam kelongsongnya dan disusun cermat di dalam pengukus. Setelah air dididihkan, santan yang dibancuh dengan garam dituang ke dalam kelongsong yang telah dimasukkan pulut tadi. Kemudian dikukus sehingga masak.

“Lemang yang sudah siap berharga RM1.30 sebiji manakala untuk keongkong kosong berharga RM30 untuk 100 biji,” katanya.

Selain menerima tempahan di menjelang Dyawal, Abdullah turut menerima tempahan bagi majlis rumah terbuka agensi kerajaan, pejabat wakil rakyat dan sebagainya.

“Setakat ini, ramai yang puji rasa dan aroma lemang peruk kera ini. Manakala, harga yang diletakkan pula berbaloi dengan rasa dan kesukaran mendapatkan kelongsong.

“Pada tahun ini sejumlah 15,000 biji kelongsong periuk kera dapat dijual,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Tenang Labis, di sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda