Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pebagai Kaum Rai Rumah Terbuka Aidilfitri Pegawai Daerah Segamat

By 23 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 23 Apr (Malaysiaaktif) – Rumah Terbuka Aidilfitri Pegawai Daerah Segamat semalam meriah dengan kehadiran lebih 1,000 orang tetamu daripada pebagai kaum.

“Seperti kebiasaan setiap tahun kediaman rasmi Pegawai Daerah akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri khusus kepada penduduk daerah Segamat.

“Jika dilihat kehadiran pada hari ini pelbagai kaum dan lapisan usia datang bersama-sama keluarga walaupun masing-masing sibuk dengan aktiviti pada pagi Syawal,” kata Pegawai Daerah Segamat Mohd Masni Wakiman.

Menurut Penghulu Mukim Bekok Azman Abu Bakar setiap tahun kakitangan Pejabat Daerah Segamat telah dibahagikan tugasan bagi memastikan kelancaran majlis.

“Saya pula dilantik sebagai penyambut tetamu,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda