Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanVideo

Kenyalang Hair Salon Jadi Tumpuan Anak Muda

By 7 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/video: Donny Minggu Ling/Amirul Hafiz Mohd. Farid 

TATAU, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Perniagaan gunting rambut merupakan antara bisness yang sedang giat mendapat sambutan dari usahawan muda zaman sekarang.

Kenyalang Hair Salon merupakan salah satu kedai gunting rambut yang mula beroperasi di Pekan Tatau sejak dari tahun 2016 dan ianya diusahakan oleh Stephen Melina ak Lawai, 37, atau lebih dikenali sebagai Stephen Mel.

Beliau adalah anak tempatan Daerah Tatau dan tinggal di Rumah Ali Kol, Sg. Jelai, Sangan, Tatau. Memulakan perniagaan tersebut dengan modal sebanyak RM18,000 dan seterusnya mendapatkan pinjaman perniagaan daripada TEKUN Nasional sebanyak RM13,000 bagi mengembangkan perniagaan tersebut.

Menurut Stephen Mel, untung kasar pendapatan bulanan perniagaan boleh mencecah RM5,000 hingga RM6,000 sebulan. Beliau juga turut menyediakan perkhidmatan sewaan perhiasan pelamin serta baju kahwin.

Selain itu, beliau turut berkecimpung dalam bidang nyanyian dan merupakan seorang artis tempatan lagu Iban di bawah naungan Telanjing Sound Enterprise (TSE). Antara lagu beliau yang hangat didengari ketika ini adalah Lagu Berani Mati dan Buya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda