Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bantuan RM200 MAIJ Ringankan Beban Asnaf

By 7 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 20 asnaf menerima bantuan wang tunai RM200 dalam Program Belanja Dapur Asnaf Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Segamat, semalam.

Pasar raya Izi Mart, Jalan Genuang menjadi lokasi bagi golongan asnaf membeli barangan keperluan asas yang melibatkan penerima daripada petugas pasca banjir yang berpendapatan rendah.

Menurut salah seorang penerima Amir Ahmad, 54, berkata program seperti ini amat besar maknanya baginya yang bergaji rendah dan ramai tanggungan lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Seorang lagi penerima Norazmee Mohamed, 45, menyatakan bantuan perlu dibuat setiap tahun dan harus dibahagikan kepada semua penerima asnaf yang telah disenaraikan oleh pihak berwajib.

“Ianya dapat mengurangkan sedikit beban bagi pekerja seperti kami yang tergolongan dalam B40.

Menurut Amin Baitulmal MAIJ Segamat Khairul Anwar Isnin program ini akan diadakan pada setiap minggu di lokasi yang berbeza.

-ZS-

Tinggalkan komen anda