Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kuala Pilah Lokasi Pertama Bazar Ramadan Rahmah Negeri Sembilan

By 7 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Fazlan Shah Muszapar Shah (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Program Bazar Ramadan Rahmah Peringkat Negeri Sembilan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuka tirainya di Kuala Pilah sekaligus menjadi lokasi pertama program pemberian e-wallet RM20 khusus untuk 1,000 pengunjung awal.

Menurut Penolong Pegawai Penguatkuasa KPDN Negeri Sembilan Sharifah Fazlinda Syed Mahmood, keistimewaan Program Bazar Ramadan Rahmah di Negeri Sembilan adalah melibatkan tiga lokasi yang berbeza iaitu di Kuala Pilah, Port Dickson dan Senawang.

“Keadaan ini membuka lebih ramai penyertaan peniaga dan masyarakat menikmati inisiatif yang ditawarkan oleh KPDN bersama penyedia aplikasi pembayaran tanpa tunai terkemuka negara. Program ini juga merupakan usaha berterusan kerajaan mengalakkan peniaga menyertai Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) yang dapat membantu peniaga mengurus akaun dengan sistematik dan rasa selamat ketika berniaga.

“Pada hari ini juga sambutan peniaga dan pelanggan terhadap inisiatif ini amat baik khususnya golongan belia dari pelbagai kaum yang hadir untuk berbelanja di sini,” katanya ketika ditemui di tapak program Rabu lalu.

Turut hadir Timbalan Ketua Cawangan KPDN Kuala Pilah Abdul Yazid Ahmad, wakil Majlis Daerah Kuala Pilah dan wakil pemimpin komuniti setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda