Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan/Unit Fotografi Pejabat Daerah Kuala Pilah
KUALA PILAH, 16 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Dato’-Dato’ Kurnia Negeri Sembilan (MDDNS) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud di Masjid aA-Firdaus Kariah Melang, di sini kelmarin.
Majlis diadakan untuk meraikan asnaf dan pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat Masjid Al-Firdaus serta pelajar-pelajar dua buah Maahad Tahfiz di sekitar Melang.
“Setelah tiga tahun tidak bersama meraikan majlis berbuka puasa seperti ini, tahun ini kita masih lagi dapat menganjurkan program yang diserikan lagi dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan serta anakanda-anaknda.
“Pihak MDDNS juga berbesar hati menyumbang sumbangan berupa wang tunai dan senaskhah al-Quran terbitan terbaharu Nasyrul Quran, Putrajaya kepada penerima-penerima dalam kalangan pelajar sekolah, maahad tahfiz serta asnaf di sekita Melang ini,” kata Yang Dipertua MDDNS Tan Sri Dr Aseh Che Mat berkata
Pada majlis tersebut, pihak Masjid Al-Firdaus Kariah Melang telah menerima cek cura berjumlah RM33,000 daripada Bantuan Khas Zakat PEKA oleh Majlis Agma Islam Negeri Sembilan untuk diagihkan kepada 10 buah surau dan sebuah masjid.
-ZS-