Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Muallim, Bandar Berbeza Menjelang 2033

By 11 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mohd Noor/Tamarriman Zaharuddin (Muallim)

MUALLIM, 11 Apr (Malaysiaaktif) – Populasi penduduk di daerah ini dianggarkan meningkat seramai 10,000 orang berikutan pembangunan ‘Automotive High Tech Valley’ (AHTV) yang bernilai RM32 bilion.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang, berkata peningkatan penduduk yang dimaksudkan itu akan mengambil masa selama 10 tahun.

“Saya menyeru supaya agensi-agensi yang menyediakan perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan, keselamatan dan lain-lain bersedia meningkatkan keupayaan fasiliti masing-masing,” ujarnya semasa merasmikan program Majlis Berbuka Puasa Parlimen Tanjong Malim, malam tadi.

Beliau dalam ucapannya turut menyeru masyarakat yang hadir pada majlis tersebut agar mengambil kesempatan untuk memahami agama Islam dan saling menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan budaya.

Seramai 50 orang anak-anak yatim dari sekitar Tanjong Malim diraikan dan menerima sumbangan sempena menyambut Syawal yang bakal menjelang tiba. Sumbangan ihsan juga diberikan kepada 31 Pengerusi Masjid yang hadir.

Turut hadir Pegawai Daerah Muallim Mohamad Fitri Hassan dan Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim Mohd Ikram Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda