Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Penduduk Bagan Datuk Teruja Berbuka Puasa Bersama Raja Muda Perak

By 11 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)/Unit Media SUK Perak

BAGAN DATUK, 11 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai lebih 1,500 penduduk teruja dan bersyukur apabila berpeluang untuk berbuka puasa bersama Raja Muda Perak, Raja Ja’afar Ibni Almarhum Raja Muda Musa di Masjid Tuminah Hamidi, dekat sini semalam.

Keberangkatan baginda disambut mesra oleh Timbalan Perdana Menteri I merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk.

Majlis berbuka puasa tersebut bermula dengan bacaan ayat suci al-Quran diikuti majlis tahlil dan doa selamat.

Raja Muda Perak kemudian berbuka puasa dan solat Maghrib sebelum berangkat ke majlis santapan, diikuti dengan solat Isyak dan tarawih.

Sebelum berangkat pulang, baginda berkenan untuk merakamkan kenangan bersama Jawatankuasa Masjid Tuminah Hamidi seterusnya menurunkan tandatangan di buku pelawat.

Seorang penduduk, Amir Asyraf Abu Samad, 16, berkata kenangan berbuka puasa tersebut adalah sangat istimewa baginya.

“Selain dapat menikmati hidangan bersama rakan-rakan tahfiz yang lain, saya berpeluang bertemu dan melihat kerabat diraja dengan lebih dekat,” ujarnya ketika ditemui.

-ZS-

Tinggalkan komen anda