Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Pencahayaan Masjid Kampung Jabi akan Dinaik Taraf

By 4 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 4 Apr (Malaysiaaktif) – Rombongan Ketua Jabatan serta agensi kerajaan daerah Segamat yang diketuai oleh Pegawai Daerah Segamat telah berkunjung ke Masjid Kampung Jabi bagi melaksanakan program solat tarawih bersama penduduk setempat, semalam.

Ketua Kampung Jabi 1, Mohd Rafee Yusof, menyatakan rasa syukur kerana masjid ini telah dipilih menjadi lokasi bagi acara yang diterajui oleh Pejabat Daerah Segamat pada setiap tahun apabila menjelangnya bulan Ramadan.

“Terima kasih juga diucapkan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang sudi hadir ke kampung ini bagi meraikan bersama penduduk kampung untuk berbuka puasa serta solat tarawih,” katanya.

Pegawai Daerah Segamat, Mohd Masni Wakiman, berkata program ini merupakan program tahunan apabila tibanya bulan Ramadan dan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara jabatan kerajaan bersama komuniti setempat.

“Apa yang diharapkan adalah isu masalah tekanan air rendah dapat diatasi sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Agensi kerajaan akan berganding bahu bersama-sama wakil rakyat setempat bagi menyelesaikan masalah penduduk di dalam daerah Segamat dan penduduk boleh mengutarakan apa jua permasalah kepada kami kerana rombongan juga disertai oleh pelbagai agensi kerajaan tanpa sebarang protokol,” ujarnya.

Rahana Mohamed, 60, berasa terharu dengan kunjungan rombongan ketua jabatan ke kampungnya yang mana rombongan itu diketuai oleh Pegawai Daerah Segamat.

Pegawai Daerah Segamat turut mengumumkan peruntukan bagi menaik taraf sistem elektrik bagi membaikpulih pencahayaan dalam Masjid Kampung Jabi.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Pemanis Anuar Abdul Manap, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat Yang Mulia Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria dan ketua-ketua jabatan daerah Segamat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda