Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pengguna Perlu Elak Pembelian Panik – Zawawi

By 19 April 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/KPDN Selangor

SHAH ALAM, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Pengguna di Selangor dinasihatkan membuat pembelian terancang dan elakkan pembelian panik supaya tidak berlaku bekalan terputus serta berlaku kenaikan harga.
EXCO Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata sehingga kini bekalan makanan di Selangor adalah terkawal.

“Pemeriksaan bekalan giat dijalankan pihak Kementerian Perdagangn Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor agar tindakan segera dan berfokus dapat dilaksanakan di lokaliti terjejas,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyertai pemeriksaan pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa peringkat negeri Selangor di Seksyen 9, di sini semalam.

Turut hadir Pengarah KPDN Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey dan Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Selangor, Mohd Khairi Jamaludin.

Menurut Zawawi, KPDN Selangor juga akan mempertingkatkan keberadaan anggota penguat kuasa di lokasi tumpuan pengguna bagi mewujudkan persekitaran urus niaga yang harmoni dan beretika.

“Seramai 196 penguat kuasa serta 66 Pegawai Pemantau Harga (PPH) komited menyelia pematuhan peniaga di Selangor menjual barangan harga terkawal di bawah SHMMP yang mula berkuatkuasa pada 15 April lalu sehingga 30 April,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda