
Laporan/foto: Muhammad Amirul Miza Mohd Tamizi (Melaka Tengah)
AYER KEROH, 18 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 540 penduduk di sekitar Parlimen Tangga Batu, Hang Tuah Jaya dan Jasin, telah menerima sumbangan berbentuk kelengkapan dan barangan keperluan Aidilfitri yang bakal menjelma.
Bantuan tersebut disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusof, dalam satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka.
Menurut beliau, majlis sumbangan tersebut adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat.
“Sebanyak 120 orang penerima dari Parlimen Hang Tuah Jaya, 150 orang dari Parlimen Kota Melaka, 120 orang dari Parlimen Tangga Batu dan 150 orang dari Parlimen Jasin menerima bantuan berbentuk wang tunai, kuih raya serta kit makanan,” ujarnya.
-HS-