Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Perdana Menteri Santuni Asnaf dan Golongan Miskin di Wilayah Persekutuan

By 9 April 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Suhaimi Mokhtar/Muhaimin Musa

KUALA LUMPUR, 9 Apr (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyantuni para asnaf dan fakir miskin di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sempena Program Nur Ramadan peringkat WPKL 2023/1444H.

Dalam majlis tersebut Perdana Menteri menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM200 seorang kepada 300 asnaf dan fakir miskin Parlimen Lembah Pantai.

Jumlah keseluruhan penerima sumbangan Nur Ramadan bagi WP Kuala Lumpur pada tahun ini adalah seramai 3,300 penerima meliputi 11 Parlimen di WP Kuala Lumpur yang terdiri daripada fakir miskin, al-gharimin, al-riqab, fisabillah, dan muallaf.

Sumbangan diagihkan secara berperingkat oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjumlah RM660,000.

Tujuan utama program ini adalah untuk menyantuni serta menambahkan nilai kasih sayang dalam kalangan warga WPKL seterusnya dapat memperkukuh dan memperkayakan interaksi antara pihak kerajaan bersama rakyat seiring dengan matlamat Malaysia MADANI.

Menurut Shaari Sulaiman, 65, beliau amat bersyukur kerana menerima sumbangan ini dan dapat meringankan sedikit beban menjelang hari raya yang akan tiba nanti.

Seorang lahi pemerima Kamaruzaman Husin, 63, berkata bantuan ini dilihat dapat menampung dan meringankan kesempitan yang dialami oleh anak kariah yang terkesan akibat akibat kemelesetan ekonomi dan pihak masjid secara tidak langsung dapat menyantuni anak kariah di kawasan ini.

Perdana Menteri bersama isteri turut berbuka puasa dan bersolat Maghrib bersama penerima sumbangan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda