Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

PUSAKA Jalankan Tanggungjawab Sosial Korporat kepada Masyarakat Islam Kampung Garung

By 6 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Kesukaran yang dihadapi Jawatankuasa Islam Kampung Garung, Padawan untuk menambahbaik fasiliti surau kampung tersebut diringankan dengan sumbangan yang diterima daripada kakitangan Islam, Surau Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), di sini kelmarin.

Peneraju utama Jawatankuasa Islam Kampung Garung, Siti Aishah Abdullah, 53, berkata penambahbaikan itu perlu bagi menyediakan kemudahan pengajaran agama seperti fardu ain kepada 25 keluarga Islam di kampung masyarakat Bidayuh itu.

Timbalan Premier merangkap Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hadir menyampaikan sumbangan tersebut turut menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan memberi sumbangan Hari Raya Aidilfitri.

Turut diadakan adalah penyerahan sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 kepada 80 penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim, tahfiz dan asnaf dari sekolah-sekolah rendah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ibu tunggal sekitar Bandar Raya Kuching dan Samarahan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda