Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Raja Muda Perak Berkenan Berbuka Puasa Bersama Rakyat

By 5 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz/Siti Nor Farhana (Batang Padang)

BIDOR, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Raja Muda Perak Raja Ja’afar Raja Muda Musa berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Diraja bersama rakyat di Masjid Abu Hurairah, di sini semalam.

Ketibaan baginda disambut oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak Mohd Azlan Helmi dan Setiausaha Kerajaan Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Raja Ja’afar mencemar duli berbuka puasa bersama lebih 500 hadirin terdiri daripada ketua-ketua jabatan, pelajar tahfiz dan orang awam sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.

Baginda seterusnya berkenan berangkat ke majlis santapan, diikuti dengan solat Isyak, solat Terawih dan moreh.

Majlis berbuka puasa ini merupakan jelajah kedua Raja Muda Perak bagi program berbuka puasa bersama rakyat sempena Bulan Ramadan 1444H.

-ZS-

Tinggalkan komen anda