Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Penghasilan Ciping jadi Sumber Pendapatan Penduduk Tatau, Bintulu

By 5 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Donny Minggu Ling/Amirul Hafiz Mohd. Farid (Tatau/Bintulu)

BINTULU, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Penghasilan ciping telah membantu penduduk luar bandar untuk menjana pendapatan yang lumayan.

Ciping atau ragi merupakan bahan asas bagi pembuatan tuak, iaitu sejenis minuman tradisional kaum Iban di Sarawak.

Salah seorang pengusaha ciping, Tuai Rumah (Tr.) Jelia Kuwi yang juga ketua masyarakat di Tatau, dekat sini, berkata beliau telah terlibat di dalam penghasilan dan penjualan ciping sejak 20 tahun lalu.

“Penghasilan produk ciping bukan sahaja dihasilkan oleh keluarganya sendiri malah hampir seluruh keluarga di rumah panjang ini mahir dan aktif membuat ciping.

“Penghasilan ciping merupakan sumber pendapatan utama bagi penduduk di kawasan rumah panjang ini,” katanya.

Menurutnya, ciping yang dihasilkan dijual ke seluruh pelosok negeri Sarawak termasuk Tatau, Sibu, Bintulu, Miri, Batu Niah, Kuching dan turut mendapat tempahan daripada pelanggan di Semenanjung.

Katanya, beliau telah menghasilkan ciping sejak di bangku sekolah rendah, menjual pada harga RM15 hingga RM18 untuk berat di antara 800 gram sehingga 1 kilogram.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan ciping boleh berhubung dengan Tr. Jelia Kuwi di talian 010-9841575.

-ZS-

Tinggalkan komen anda