Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Sukarelawan JKM dan Pejabat Penerangan menyantuni penerima Bantuan Aidilfitri

By 19 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hamidah Md Drus/Muhammad Fazlan Shah (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 9 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 20 orang penerima bantuan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) dikunjungi oleh sukarelawan JKM Kuala Pilah dan warga Pejabat Penerangan Kuala Pilah, dalam program Jalinan Insan Wahana Aspirasi, yang dijalankan sempena Aidilfitri.

Menurut Ketua Sukarelawan JKM, Sarimah Amir, sumbangan barangan keperluan dapur dan kuih raya diberikan bagi meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri.

“Seperti kita sedia maklum, kita akan menyambut bulan Syawal tidak lama lagi, maka pihak kami mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini, dengan memberikan sedikit sumbangan bagi meringankan sedikit beban mereka,” katanya ketika ditemui.

Program ini mendapat sokongan daripada warga Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah yang turut serta menyampaikan maklumat mengenai inisiatif Kerajaan.

Kebanyakan penerima bantuan tersebut merupakan warga emas yang tinggal bersendirian dan berdaftar dengan JKM Kuala Pilah.

Salah seorang penerima bantuan, Halimah Ahmad, 60, bersyukur dengan kunjungan dan barang keperluan yang diberikan.

“Walaupun saya duduk bersendirian dan hanya mampu menguruskan diri setakat yang mampu, tetapi kunjungan hari ini memberi kesan bahawa golongan seperti kami sentiasa mendapat perhatian semua pihak khususnya Kerajaan,” ujarnya.

-HS-

Tinggalkan komen anda