Laporan/foto: Ahmad Faisal/Wan Izati (Kuala Kangsar)
MANONG, 13 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 40 warga emas diraikan dalam majlis berbuka puasa di Dewan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Manong, di sini semalam.
Menurut salah seorang ahli PAWE Harisun Nazari, 64, majlis berbuka puasa ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga emas khususnya di kawasan Manong ini.
“Saya juga berasa gembira kerana mendapat ilmu mempromosikan sesuatu barangan jualan secara dalam talian menerusi ceramah yang disampaikan oleh Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Manong Intan Fatmawati Khusyairy,” katanya ketika ditemui.
Program majlis berbuka puasa ini diselaraskan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuala Kangsar, Pejabat Penghulu Mukim Senggang, PAWE dan Majlis Belia 4B Kuala Kangsar.
-ZS-